Rumusan
Rumusan bagi bab ini ialah hendaklah kita sedar bahawa jiran
tetangga itu mempunyai hak-hak yang tertentu sesuai dengan status mereka di
dalam strata masyarakat seperti yang telah kita bincangkan di halaman 10 di
atas. Ini termasuklah dengan berlemah-lembut dengan mereka iaitu menegur sapa
dengan ucapan salam, senyum, tidak berlebih-lebihan ketika bertanya khabar
mereka sehingga boleh menimbulkan rasa tidak senang jiran terhadap soalan yang
kita ajukan, tidak meninggikan suara sehingga menyakiti hati jiran, menerima
teguran jiran terhadap kesilapan kita dengan bersikap berlapang dada, sentiasa
berfikiran positif dengan sentiasa bersangka baik terhadap jiran, memberi buah
tangan atau hadiah dengan tujuan untuk mengeratkan perhubungan sesama jiran
tetangga.
No comments:
Post a Comment