3.1
Kategori Jiran
Jiran mendapat tempat yang tinggi di dalam strata kedudukan
bermasyarakat di dalam ajaran Islam. Islam mengangkat peranan jiran dan
sumbangan bakti mereka adalah sangat penting dalam kehidupan kemanusiaan
sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran;

Maksudnya; “Sembahlah Allah dan janganlah kamu
mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu
bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang terdekat dan
tatangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil.”
Allah menghimpunkan sekali dalam ayat di atas perintah untuk
beribadah kepada Allah dengan perintah untuk berlaku baik kepada
hamba-hamba-Nya sebagai tanda Islam ini bukan sahaja menjalin hubungan dengan
pencipta sebaliknya juga menyatukan manusia di dalam satu kewajipan untuk
berlaku baik sesama manusia sebagai termasuk menunaikan ketaatan kepada Allah
SWT.
Allah menyebut (( وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى)) : iaitu yang
bermaksud jiran yang padanya terdapat hubungan kekeluargaan atau pertalian
darah. Ini merupakan pendapat yang disebut oleh Ali Ibn Talhah daripada Ibn
Abbas ra manakala yang disebut dari riwayat Ikrimah dan Mujahid dan selain
mereka yang mengatakan ianya ialah jiran muslim yang satu agama. Juga ada yang
mengatakan dimaksudkan dengan ayat ini ialah jiran yang rumahnya
berdekatan.
Allah menyebut juga ((وَالْجَارِ الْجُنُبِ )) : iaitu yang
bermaksud lawan kepada ayat sebelumnya yang sebahagian ulama tafsir menyebut
ianya ialah jiran yang tidak memiliki hubungan darah atau kekeluargaan seperti
pendapat Ali ibn Talhah dari Ibn Abbas ra, juga yang mengatakan ianya bukan
muslim seperti jiran yahudi dan nasrani seperti yang disebut dalam riwayat dari
Ikrimah dan Mujahid dan yang lain mengatakan yang dimaksudkan ialah jiran yang
berjauhan rumahnya.
Hadith
Rasulullah SAW juga ada menyebut bahawa terdapat beberapa kategori jiran di
dalam hadith Baginda SAW iaitu:
اَلْجِيْرَانُ ثَلاَثَةٌ جَارٌلَهُ حَقٌ وَاحِدٌ
وَجَارٌلَهُ حَقًانِ وَجَارٌلَهُ ثَلَاثَةٌ حُقُوْقِ فَااَلْجَارُلَهُ ثَلَاثَةُ
حُقُوقٍ اَلْجَارُ اَلْمُسْلِمُ ذُو اَلْرَّحِمِ فَلَهُ حَقُّ اَلْجَوَارِ وَحَقَّ
اَلاءِسْلَامِ وَحَقُّ اَلْرَّحِمِ وَأَمَّا اَلّذِى لَهُ حَقَّانِ فَالْجَارُ
اَلْمُسْلِمُ فَلَهُ حَقُّ اَلْجَوَارِ وَحَقُّ اَلاءِسْلَامِ وَأَمَّا الَّذِى
لهُ حَقٌ وَاحَدٌ فَالْجَارُ اَلْمُشْرِكُ
Maksudnya: “Jiran itu ada tiga golongan, ada jiran yang hanya
mempunyai satu hak dan ada jiran yang mempunyai dua hak dan ada jiran yang
mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak itu ialah jiran yang Muslim
dan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Maka ia mempunyai hak sebagai jiran,
hak sebagai Muslim dan hak sebagai keluarga. Jiran yang mempunyai dua hak ialah
jiran yang Muslim. Ia mempunyai hak sebagai seorang Muslim. Jiran yang
mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik”
a. jiran
yang muslim dan memiliki hubungan darah,
b. jiran
yang muslim yang tidak ada hubungan darah
c. jiran
yang kafir.
Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa
kewajiban kita sebagai anggota masyarakat untuk memberi hak-hak yang sewajarnya
terhadap jiran. Malahan jika jiran kita seorang yang bukan Islam sekalipun,
kita wajib menghormati dan menjaga hak-hak tersebut.
No comments:
Post a Comment