Thursday, 22 February 2018


3.2       Hak-Hak Jiran Di Dalam Islam
Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami, malah mengamalkannya:

a.      Jangan menyakiti jiran
Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran atau membuang perut ikan di dalam longkang ketika proses memasak sehingga bau busuk melepasi hingga ke rumah jiran, lalat dan langau yang datang menghurung sampah sarap dan perut ikan juga boleh menggangu ketenteraman jiran . Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Leih dasyat lagi apabilan terdapat jiran yang sanggup melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran adalah sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain. Hingga terdapat sebuah hadith  Rasulullah SAW  dalam riwayat Muslim r.a. mengatakan bahawa:
 وَفِي رِوَايَتٍ لِمُسْلِمِ : لَا يَدْ خُلُ اَلْجَنَّةَ مَنْ لَا يأمَنُ جَارُهُ ئِقَهُ



Maksudnya: Di dalam riwayat Muslim dikatakan : Tidaklah masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman kerana gangguannya”.[16]

Betapa rugilah kita menjadi mukmin yang beriman dan taat kepada Allah SWT dan RasulNya untuk memasuki syurga ganjaran yang paling hebat yang tidak tergambar oleh fikiran kita, tetapi kita gagal menjalankan KPI (Key Performance Indicator) kerana hanya semata-mata menyakiti hati jiran. 


b.      Memelihara jiran
Setiap daripada kita wajib memelihara kepentingan jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih. Sekali lagi Nabi SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa

مَنْ اَقرَّ عَيْنَ مُؤْمِنِ اَقَرَّ اللهُ عَيْنَهُ يَوْمَ اَلْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang mukmin, maka Allah akan memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat”.

Jika kita menjaga kepentingan mereka umpamanya memantau rumahnya ketika jiran tetangga pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan atau cuti panjang daripada diceroboh oleh pencuri dengan memaklumkan jiran tersebut lalu terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis, kita sebenarnya telah berbuat baik kepada jiran dengan menjaga kepentingan mereka. Bayangkan situasi ketika hari kiamat, tiada siapa yang boleh membantu kita kecuali Allah SWT. Dunia menjadi kelam kabut, manusia dan alam seluruhnya menjadi seperti debu debu yang berterbangan. Pada saat itulah kita mengharapkan pertolongan Allah. Penulis sangat yakin dan percaya bahawa Allah SWT tidak pernah memungkiri janjiNya


c.       Berbuat baik kepada jiran
Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang beriman.


Maksudnya: “Barang siapa yang melapangkan seorang Mukmin yang dalam kesusahan atau menolong orang yang dianiaya, maka dosanya akan diampunkan Allah”.

Mengulas perkara yang sama Nabi Muhammad SAW mengingatkan umat Islam supaya memulia dan menghormati jiran termasuk memualiakan mereka sebagaimana layanan kita terhadap kaum kerabat kita sendiri. Ini selaras dengan sabda Baginda SAW:

مَا زَالَ جِبْرِيْلُ يُوْصِيْنِى بِالجَار حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرّثَهُ

Maksudnya: “Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku supaya berbuat baik kepada jiran sehinggalah aku merasakan jiran itu kerabatku.”

Oleh itu, adalah satu kerugian besar kepada umat Islam dan masyarakat jika kita mengabaikan dan tidak mempedulikan jiran yang di anggap sebagai harta yang bernilai tinggi itu.Berbuat baik kepada jiran tidak terhad dengan hanya perkara-perkara yang disebutkan di atas. Malahan hak jiran ke atas kita juga ialah mengurus dan mengiringi jiran kita yang meninggal dunia hingga ke tanah perkuburan. Ini selari dengan hadith Rasulullah SAW:

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَهِدَ الْجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلِّيَ فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَ حَتَّى تُدْفَنَ كَانَ لَهُ قِيرَاطَانِ قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْن

Maksudnya: sesungguhnya Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: sesiapa yang menyaksikan jenazah sehinggalah jenazah disembahyangkan maka baginya qirat dan sesiapa yang menyaksikan sehingga dikebumikan maka baginya 2 qirat. Dikatakan apakah yang dimaksudkan dengan dua qirat. Rasulullah menjawab seumpama dua buah bukit yang besar.




1 comment: