Thursday, 22 February 2018

pendahuluan


Adab Jiran Tetangga Menurut Islam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين



1.0              Pendahuluan
Islam menggariskan dengan jelas mengenai tatacara hidup dengan meletakkan akhlak dan adab sebagai panduan. Tanpa akhlak yang baik, kehidupan manusia menjadi kucar-kacir. Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai model terbaik dan contoh akhlak yang terpuji kepada seluruh umat Islam. Dalam Islam akhlak adalah bersumber dari dua sumber yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sepotong hadith yang bermaksud :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّ: أَكْمَلُ
... اَلْمُؤْمِنِيْنَ اِيْمَانًا أحْسَنُهُمْ

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Sabda Rasulullah SAW “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik…

Allah SWT telah memuji Rasulullah SAW kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran, firman Allah SWT di dalam Al-Quran:  

Description: A004

Maksudnya: "Sesungguhnya engkau seorang memiliki peribadi yang agung (mulia)." 

Rasulullah SAW adalah insan yang mempunyai akhlak yang terbaik dikalangan kaumnya dan paling menjauhi kejahatan dan akhlak yang rendah. Baginda SAW adalah orang yang paling menjaga maruah, paling baik pergaulan, sebaik-baik jiran, paling lemah lembut, paling bercakap benar dan paling amanah. Oleh itu, Baginda SAW digelar oleh kaumnya dengan gelaran Al-Amin. Gelaran tersebut diberikan kerana Baginda SAW memiliki sifat lemah lembut, sabar, bersyukur, adil tawadhu’, menjaga kesucian diri, permurah, berani dan pemalu. 

Akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian. Imam Ghazali r.a mengatakan :

“Akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara’ dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk”.

Maka dengan itu, pendekatan yang diguna pakai di dalam esei ini ialah pendekatan yang telah digariskan oleh Islam dengan menggunakan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Al-Sunnah supaya kita sama-sama dapat menghayati tuntutan akhlak supaya kita berbuat baik terhadap jiran tetangga sebagaimana yang dituntut oleh agama.

1 comment: